Searching...
Sunday 10 April 2016
01:46 0

Penemuan Mayat Wanita Di Genting Sempah MENGEJUTKAN...!!!!!!



MAYAT yang ditemui dalam gaung di Jalan Karak Lama, Genting Sempah, pagi tadi. - Foto Hafizal Effendy Mohamad


MAYAT dipercayai mayat seorang wanita.


 GOMBAK: Mayat yang ditemui dalam gaung di Jalan Karak Lama, Genting Sempah, di sini, pagi tadi, dipercayai mayat seorang wanita. Pasukan forensik polis yang tiba di lokasi jam 1.50 tengah hari melakukan pemeriksaan kira-kira 30 minit diikuti pemeriksaan oleh Unit Anjing Pengesan (K9). 

Mayat yang berikat pada kaki ditemui beberapa peserta larian dan berbasikal pertandingan Route 68 Challenge 2016 selepas terhidu bau busuk, jam 10.45 pagi tadi. Bagaimanapun, identiti mayat belum diketahui berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui setakat ini. Mayat yang ditemui dalam keadaan tertiarap memakai kemeja T warna merah dan berseluar pendek berwarna biru muda. 

Ketika ini, pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja menaikkan mayat yang terhumban lebih 15 meter dalam gaung. Sehingga kini, wartawan di lokasi masih menunggu butiran lanjut daripada pihak polis berhubung penemuan mayat berkenaan. 



PASUKAN forensik polis yang tiba di lokasi jam 1.50 tengah hari melakukan pemeriksaan kira-kira 30 minit diikuti pemeriksaan oleh Unit Anjing Pengesan (K9).






0 comments:

Post a Comment